Oh! Tidak
Dakwaan kikis duit tular di media sosial selepas lelaki kongsi pengalaman ditanggung seorang wanita.
Mangsa selalunya takkan perasan dirinya dikikis sehinggalah tiba satu waktu. Mungkin itulah juga yang dilalui seorang lelaki apabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa dalam satu hubungan.
Perkongsian itu viral apabila dia menceritakan pengalaman sepanjang mengenali seorang wanita yang didakwa mengambil kesempatan terhadap dirinya terutamanya soal kewangan.
Dakwaan wanita kikis duit jadi perhatian netizen

Lelaki berkenaan mendakwa dia banyak berkorban sepanjang hubungan itu termasuk menghantar makanan dan menanggung beberapa keperluan harian. Menurutnya, segala usaha dilakukan tanpa mengharapkan balasan namun keadaan berubah apabila berlaku konflik antara mereka.
Aku hantar makanan dekat dia setiap hari. Rumah aku dengan rumah sewa dia dalam 30 minit. Aku dengan motor panas tengah hari.- Katanya.
Dia mendakwa segala bantuan diberikan kerana rasa tanggungjawab dalam hubungan, namun kecewa apabila berlaku perselisihan antara mereka.
Turut dedah sudah ramai lelaki terkena dengan wanita sama

Dalam perkongsian sama, lelaki itu turut mendakwa wanita berkenaan tidak bekerja selama beberapa bulan dan hanya bergantung kepadanya untuk perbelanjaan harian termasuk makan minum serta sewa rumah.
Perkara itu menjadi antara sebab utama dia tampil membuat pendedahan kerana merasakan dirinya terbeban dalam tempoh tersebut. Lelaki itu juga mendakwa terdapat individu lain yang mengalami perkara sama, malah mendakwa jumlah kerugian ada yang mencecah ribuan ringgit.
Sudah ramai dah kena tipu dengan dia sampai 5k pun ada.- Katanya.
Bagaimanapun, semua kenyataan ini datang daripada satu pihak sahaja dan tiada sebarang penjelasan balas daripada individu yang dinamakan setakat ini.
Perkongsian tersebut terus mencetuskan perdebatan netizen mengenai soal kepercayaan, tanggungjawab dan batas kewangan dalam hubungan agar perkara sama tidak berulang.
Pssttt! Ohmedia harap korang ambil pengajaran supaya jangan terlalu mudah percaya atau berkorban tanpa had dalam hubungan, terutama bila melibatkan duit kerana akhirnya diri sendiri juga yang akan terkesan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




