Oh! Negara
Siasatan pemilikan saham Azam Baki kini berjalan dan jawatankuasa khas sudah mula meneliti keterangan.
Siasatan pemilikan saham Azam Baki kini masuk fasa penting apabila Jawatankuasa Khas Siasatan dilaporkan sudah bersidang pada 19 Februari 2026. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara menerusi satu kenyataan rasmi.
Mesyuarat itu diadakan bagi meneliti dakwaan berkaitan pemilikan saham yang sebelum ini menjadi perhatian ramai, termasuk laporan media antarabangsa yang mengaitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut dengan pegangan saham dalam sebuah syarikat.
Jawatankuasa sudah panggil Azam Baki beri keterangan

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri Abu Bakar, jawatankuasa telah memanggil Tan Sri Azam Baki untuk memberi penjelasan berhubung pemilikan 17.7 juta saham.
Saham berkenaan dilaporkan mempunyai harga belian sekitar RM1.416 juta dalam syarikat Velocity Capital Partner Bhd. Perkara ini kini sedang diteliti dari pelbagai sudut termasuk aspek pematuhan.
Berdasarkan kepada laporan awal yang diterima, Jawatankuasa sedang meneliti aspek pematuhan dan keteraturan pemilikan saham tersebut oleh Tan Sri Azam Baki.- Katanya.
Siasatan sedang berjalan dan saksi lain akan dipanggil

Beberapa saksi lain yang berkaitan juga akan dipanggil bagi membantu melengkapkan siasatan supaya keputusan dapat dibuat secara menyeluruh.
Jawatankuasa Khas turut memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, bebas dan profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Hasil siasatan serta syor nanti akan dikemukakan kepada pihak berkuasa, termasuk jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang jenayah atau peraturan semasa.
Terdahulu, laporan Bloomberg mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Azam sebelum ini menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dibuat secara telus dan mengikut prosedur serta telah diisytiharkan sepenuhnya, malah saham yang dibeli tahun lalu sudah dilupuskan dalam tahun yang sama.
Pssttt! Ohmedia harap korang beri ruang kepada siasatan pemilikan saham Azam Baki berjalan dengan adil dan profesional. Dalam isu besar macam ni, biar fakta dan proses undang-undang tentukan segalanya, bukan spekulasi.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



