50 penduduk PPR Pantai Ria terima bantuan kempen sekeluarga sekampit beras

50 penduduk PPR Pantai Ria terima bantuan kempen sekeluarga sekampit beras

Kuala Lumpur: Sebanyak 50 penerima dalam kalangan asnaf, ibu tunggal dan anak yatim piatu dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini hari ini menerima bantuan menerusi program Sinar Ramadan: Kempen Sekeluarga Sekampit Beras 2026.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menerusi hantaran di Facebook berkata, bantuan itu merangkumi sekampit beras, barang keperluan dapur serta sumbangan tunai RM100.

Turut hadir pada kempen yang diadakan di Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria itu ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Setiausaha Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) Mas Ali.

Sementara itu, menerusi hantaran di media sosial sama, ABIM memaklumkan kempen berkenaan bertujuan memastikan keluarga asnaf dapat berbuka dengan tenang.

Seramai 300 keluarga disasar menerima bantuan menerusi kempen itu sempena Ramadan ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top