Trending
Khairul Aming cetus tanda tanya apabila muat naik video dengan kapsyen seolah beri hint sudah berpunya.
Personaliti masakan popular, Khairul Aming sekali lagi jadi perhatian netizen, tetapi kali ini bukan sebab resipi baharu. Sebaliknya, satu perkongsian di Threads telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan ‘pelajarnya’.
Rata-rata mula tertanya-tanya sama ada Khairul Aming sebenarnya sedang memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah berpunya selepas memuat naik video dengan kapsyen ringkas tetapi penuh makna.
Perkongsian ringkas daei Khairul Aming tapi undang tanda tanya

Dalam hantaran tersebut, Khairul Aming hanya menulis kapsyen pendek yang membuatkan ramai mula berfikir bukan-bukan. Malah kapsyen itu turut disertakan emoji berbentuk love dan cincin yang menambah lagi persoalan.
When i got my number one.- Tulis KA.
Gabungan ayat dan emoji tersebut membuatkan ramai menganggap ia seperti satu hint tersirat mengenai kehidupan peribadinya.
Netizen mula kaitkan dengan soal hati

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat berseloroh dan membuat andaian sendiri. Ada yang mengusik mengatakan ini seperti ‘soft launch’ seseorang yang istimewa, malah ada juga yang mendakwa sedang menunggu pengumuman rasmi.
Situasi ini membuatkan nama Khairul Aming kembali trending, bukan kerana dunia masakan, tetapi kerana kisah peribadi yang jarang sekali dikongsikan kepada umum.
Khairul Aming sempat lagi tegur ‘pelajarnya’

Apa yang pasti, peminat memang terkenal dengan sikap ‘detective mode’ apabila melibatkan figura kesayangan mereka, lebih lebih lagi bila bab hati dan jodoh.
Pssttt! Ohmedia rasa kadang-kadang benda ringkas pun boleh jadi besar bila dikongsi di media sosial. Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja dan bagi ruang kepada KA untuk berkongsi bila sudah bersedia.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




