PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.77 mata kepada 1,757.60 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,752.83 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,756.97.
Jumlah dagangan sebanyak 100.54 bilion unit bernilai RM66.03 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 201 berbanding 102 dengan 282 kaunter tidak berubah dan 2,192 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 642.13 mata atau 1.12 peratus kepada 56,825.70 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura turun 1.660 mata atau 0.03 peratus kepada 5,015.94, manakala indeks KOSPI Korea Selatan naik 88.83 mata atau 1.53 peratus kepada 5,897.36. – UTUSAN




