Oh! Negara
Tengku Zafrul jelaskan ART Malaysia–AS bukan beban tarif, sebaliknya langkah awal lindungi ekonomi negara.
Isu ART Malaysia–AS kembali hangat bila berlaku pertikaman lidah antara dua figura politik berhubung perjanjian perdagangan melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Kenyataan yang bercanggah buat ramai keliru, sampai timbul dakwaan kononnya negara perlu tanggung tarif dua kali ganda.
Ohmedia lihat penjelasan terbaru daripada Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang menjawab perkara itu secara terbuka, sekali gus menegur Rafizi Ramli supaya tidak terus memutar belit fakta berkaitan ART Malaysia–AS.
Penjelasan Tengku Zafrul tentang dakwaan tarif dua kali ganda

Menurut Tengku Zafrul, dakwaan Malaysia perlu membayar tarif berganda susulan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat adalah tidak berasas sama sekali.
Malah keputusan mahkamah yang menolak tarif global itu bermaksud tarif 19 peratus ke atas Malaysia sebelum ini juga tidak terpakai.
Beliau menegaskan bahawa ART Malaysia–AS diwujudkan sebagai langkah persediaan awal menghadapi ketidaktentuan perdagangan global, bukannya satu beban baharu kepada negara.
ART diibaratkan seperti insurans perlindungan

Konsep perjanjian ART ini sebenarnya mudah, dia macam insuran perjalanan, masa nak melancong orang selalu fikir takkan jadi apa-apa, tapi bila masuk hospital luar negara bil boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Waktu itu barulah kita nak faham kenapa bayar takaful itu penting. ART ini pun sama, kita bersedia dari awal dengan sediakan payung sebelum hujan. Jelasnya.
Tengku Zafrul menjelaskan Malaysia sememangnya sedar kes tarif melibatkan bekas Presiden AS, Donald Trump sedang berjalan di Mahkamah Agung. Namun negara tidak boleh menunggu keputusan muktamad kerana keadaan perdagangan global boleh berubah pada bila-bila masa.
Katanya, dalam dunia perdagangan, negara yang lambat bertindak berisiko menanggung kos lebih besar berbanding yang bersedia lebih awal.
Negara lain turut ambil langkah sama

Beliau turut mempersoalkan mengapa tindakan Malaysia dipertikaikan sedangkan beberapa kuasa ekonomi lain sudah lebih awal mencapai persefahaman dengan Amerika Syarikat.
Sebab itu kita mestilah bertindak awal dan kita bukan satu-satunya negara yang ambil pendekatan ini. Kesatuan Eropah, United Kingdom, Korea, Jepun dan terkini jiran kita Indonesia juga telah capai persefahaman dengan AS.
Adakah semua negara ini juga tergesa-gesa? Atau mereka juga mahu beri kepastian kepada industri-industri masing-masing?- Soalnya.
Menurut Tengku Zafrul lagi, isu ART Malaysia–AS bukan soal siapa lebih lantang bersuara, tetapi siapa lebih cepat bertindak melindungi ekonomi negara. Pendekatan proaktif itu dipilih bagi memastikan pekerjaan rakyat serta masa depan industri terus terjamin.
Pssttt! Ohmedia harap korang nilai sesuatu isu dengan fakta penuh sebelum buat kesimpulan. Dalam hal ekonomi negara, langkah berjaga-jaga kadang-kadang lebih penting daripada tunggu sampai masalah betul-betul terjadi.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




