Pelakon Amyza Aznan memberitahu dia membuat keputusan mengeluarkan anak sulungnya yang sedang menerima rawatan akibat kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Amyza berkata dia menyerahkan soal kesembuhan anaknya, Andre Mikhail kepada keajaiban.
BACA: “Doktor Minta Keluarga Standby, Ya Allah Tolong…” – Amyza Aznan


“Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun. Anak saya Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital pada hari ini. Hanya mengharap keajaiban,” katanya.
Malam tadi, Amyza berkata doktor meminta ahli keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Sementara itu, Amyza turut memohon ikhtiar selain rawatan perubatan untuk membantu anaknya.




