“Dia Pergi Di Bulan Ramadan, Terlalu Mudah” – Suami Amyza Aznan Reda Pemergian Andre Mikhail

“Dia Pergi Di Bulan Ramadan, Terlalu Mudah” – Suami Amyza Aznan Reda Pemergian Andre Mikhail

Pemergian Andre Mikhail, anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan, benar-benar meruntun hati ramai.

Lebih menyentuh perasaan, arwah menghembuskan nafas terakhirnya dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan buat umat Islam.

Di sebalik kesedihan yang dirasai keluarga, suami Amyza, Khairil Idzhar Md Nazir tetap cuba berdiri teguh dan reda dengan ketentuan Ilahi selepas kehilangan anak tercinta akibat kanser paru-paru.

“Dia pergi di bulan Ramadan, itu yang menguatkan saya”

Memetik laporan mStar, Khairil berkata pemergian Andre Mikhail pada bulan mulia itu menjadi kekuatan buat dirinya untuk terus tabah.

Dia pergi di bulan Ramadan, itu yang menguatkan saya. Saya ada bersama Allahyarham, semuanya dipermudahkan. Pemergiannya terlalu mudah.

Tambahnya, meskipun sedang menanggung sakit, Andre adalah anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan keluarga.

Malah, sepanjang setahun melawan kanser paru-paru tahap tiga, arwah tetap kelihatan ceria di hadapan keluarga.

Dia tak dapat bercakap ketika nafas terakhirnya. Doktor dah maklum kepada saya semalam yang keadaannya kritikal.

“Dia ada tanya kenapa makin lama makin tidak kuat”

Amyza Aznan

Namun, bapa berkata anaknya ada bertanya mengapa semakin lama dia semakin tidak kuat melawan sakit.

Anak saya sudah setahun melawan sakit kanser. Dia tetap gembira walau sakit. Dia ada tanya kenapa makin lama makin tidak kuat, tapi saya cakap itulah prosesnya.

Terdahulu, pelakon Amyza Aznan memohon doa buat anaknya yang sedang kritikal akibat kanser paru-paru.

Andre Mikhail bagaimanapun disahkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.30 malam Isnin.

Pssttt! Kehilangan anak bukan ujian kecil buat mana-mana ibu bapa. Semoga keluarga Amyza Aznan terus diberi kekuatan dan Andre Mikhail ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top