24 Februari 2026 10:54am
Masa membaca: 4 minit

Tujuh orang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur India pada Isnin malam. Gambar hiasan
NEW DELHI – Tujuh orang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur India pada Isnin malam.
Ia terhempas berhampiran Simaria di daerah Chatra, Jharkhand.
Menurut Direktorat Am Penerbangan Awam India (DGCA), pesawat pemindahan perubatan (Medevac) yang membawa tujuh individu termasuk dua kru berlepas dari Lapangan Terbang Ranchi di negeri Jharkhand menuju ke Delhi pada jam 7.11 malam.
Selepas berhubung dengan kawalan trafik udara Kolkata, pesawat itu meminta lencongan laluan berikutan keadaan cuaca.
“.. pada 19:34 (jam), ia terputus komunikasi dan hubungan radar kira-kira 100 batu nautika di tenggara bandar Varanasi,” menurut DGCA.
Pesawat jenis Beechcraft C90 itu dikendalikan oleh pengendali perkhidmatan perubatan udara dan sewa khas yang berpangkalan di Delhi, Redbird Airways.
Seorang pegawai kanan daerah berkata tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu. – Bernama
Ringkasan AI
- Tujuh orang maut dalam nahas pesawat kecil di timur India
- Pesawat terhempas berhampiran Simaria, daerah Chatra, Jharkhand
- Pesawat Medevac berlepas dari Lapangan Terbang Ranchi menuju Delhi
- Pesawat meminta lencongan laluan kerana cuaca buruk sebelum terputus komunikasi
- Pesawat Beechcraft C90 dikendalikan oleh Redbird Airways, tiada mangsa yang terselamat


