Bukan Iftar Biasa-Biasa, KUSKOP Buktikan Ramadan Lebih Dari Sekadar Berbuka

Bukan Iftar Biasa-Biasa, KUSKOP Buktikan Ramadan Lebih Dari Sekadar Berbuka

Bila masuk bulan Ramadan, bukan setakat bazar penuh tapi inilah juga masa untuk ramai pihak gandakan amal.

Terbaharu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menganjurkan Majlis Iftar di Putrajaya sebagai platform tahunan untuk mengeratkan ukhuwah antara warga kementerian, agensi dan rakan strategik, sambil menghayati keberkatan Ramadan.

Program ini bukan sekadar makan bersama, tetapi jadi ruang untuk bina semangat kebersamaan dan nilai keprihatinan dalam suasana penuh makna.

Lebih istimewa, majlis ini turut diserikan dengan tazkirah oleh Ustaz Ahmad Fauwaz bin Ali @ Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau menyampaikan mesej ringkas tapi deep bahawa Ramadan ialah ‘training ground’ terbaik untuk perbaiki diri, kawal emosi, dan bina peribadi yang lebih baik.

Pendekatan yang santai dan mudah difahami buat ramai yang hadir rasa lebih dekat dengan mesej disampaikan.

Dalam masa sama, elemen kebajikan turut jadi fokus utama. Menteri KUSKOP, Steven Sim Chee Keong, menyampaikan sumbangan berjumlah RM18,000 kepada Rumah Bakti Al Kausar.

Selain itu, sebanyak RM10,000 wang tunai serta barangan keperluan asas turut diserahkan kepada 20 orang anak yatim dari rumah amal berkenaan. Inisiatif ini bukan sekadar simbolik, sebaliknya bukti komitmen sebenar dalam membantu golongan yang memerlukan, lebih-lebih lagi di bulan penuh rahmat ini.

Penganjuran Majlis Iftar ini mencerminkan usaha berterusan KUSKOP dalam mengimbangi pembangunan ekonomi dengan nilai kemanusiaan. Selain memperkasa usahawan dan koperasi, kementerian ini juga konsisten memupuk semangat kebersamaan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan warga kerja dan masyarakat.

Dalam dunia yang makin laju dan kompetitif, pendekatan sebegini membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui angka, tetapi juga melalui empati dan keprihatinan.


Scroll to Top