“Saya Kena Kuat Untuk Keluarga & Akan Galas Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung” – Adrian Adam

“Saya Kena Kuat Untuk Keluarga & Akan Galas Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung” – Adrian Adam

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam sedia menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung selepas kehilangan abang tersayang, Andre Mikhail pada Isnin.

Kata Adrian, 18, kehilangan insan tersayang adalah ujian untuknya dan dia perlu memikul tanggungjawab tersebut demi menjaga ibu, bapa dan adik bongsunya.

“Saya kena kuat demi keluarga, terutama ibu, ayah dan adik.

“Saya reda dengan pemergian abang saya, Andre Mikhail. Saya anggap ini satu ujian dan takdir. Semoga Allah merahmati abang serta melindunginya daripada azab kubur dan api neraka,” katanya.

Berkongsi mengenai detik terakhir bersama arwah, Adrian menjelaskan, abanganya itu berada dalam keadaan separuh sedar selain tidak banyak bercakap.

“Saat-saat terakhir, saya ada bersamanya, tetapi dia seperti dalam keadaan mamai. Apabila kami bertanya, percakapannya tidak begitu jelas.

“Saya sempat bertanya sama ada dia mahu makan atau tidak. Dia jawab tidak mahu kerana mengantuk dan mahu tidur.

“Keesokan harinya dia sedar seketika, tetapi ketika itu saya tiada di sisi. Nenek yang bercakap dengannya sebelum dia kembali tertidur dan kemudian nazak. Itulah kali terakhir saya bercakap dengannya,” kongsinya.

Tidak habis disitu, sebagai seorang adik, dia berjanji akan membawa semangat arwah dan beruasah merealisasikan impian tersebut.

“Insyaa-Allah saya akan cuba tunaikan impiannya yang belum tercapai. Dia tidak sempat titipkan apa-apa pesanan khusus, tetapi saya yakin dalam hatinya dia mahu saya menjaga ibu, ayah dan adik,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Jenazah Andre Mikhail Selamat Dikebumikan, Didie Alias Sempat ‘Tunai’ Janji – “Tak Boleh Bayang Dia Sudah Tiada”

ARTIKEL BERKAITAN:“Aku Dah Tak Kuat” – Amyza Aznan Menjerit, Menangis Seorang Diri Dalam Kereta

ARTIKEL BERKAITAN:Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Setahun Lawan Kanser, Suami Amyza Aznan Reda Pemergian Anak Di Bulan Ramadan – “Walau Sakit, Dia Tak Pernah Menyusahkan”

ARTIKEL BERKAITAN:Amyza Aznan Diuji Lagi, Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

ARTIKEL BERKAITAN:“Doktor Minta Kami Bersedia…” – Amyza Aznan Bawa Anak Sulung Pulang Dari Hospital, Hanya Harap Keajaiban

 

Sumber: Berita Harian

Scroll to Top