Kuala Lumpur: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2024 yang mendedahkan 273 isu baharu melibatkan pengurusan kewangan serta tadbir urus di peringkat persekutuan dan negeri.
Usul dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 35 Ahli Parlimen.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menggulung perbahasan usul itu bagi Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan mengesahkan Projek Pembangunan Lot 61 Bangsar yang lewat hingga 1,731 hari dan menyaksikan peningkatan kos ketara, kini menerima kelulusan bersyarat bagi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) separa untuk pengoperasian tempat letak kereta.
Beliau berkata kelulusan bersyarat bagi projek Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) itu diterima semalam dan masih menunggu pengesahan serta kelulusan rasmi daripada pihak One Stop Centre (OSC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Peningkatan kos pembinaan berlaku kerana skop projek berkembang berbanding kelulusan asal, termasuk penambahan komponen tempat letak kereta, sebahagian Menara 3 serta kerja infrastruktur seperti jalan bawah (underpass).
– LAGI
© New Straits Times Press (M) Bhd




