Ummi Nazeera dedah kebaikan Azhan Rani, bantu mudahkan urusan cium Hajr Aswad

Ummi Nazeera dedah kebaikan Azhan Rani, bantu mudahkan urusan cium Hajr Aswad

Pelakon, Ummi Nazeera memuji keperibadian  aktor, Azhan Rani apabila menyatakan individu terbabit sangat baik hati.

Ummi Nazeera kongsi pengalaman

Menerusi perkongsian Ummi di platform Threads, dia menyatakan Azhan pernah membantunya sewaktu menunaikan umrah untuk mencium Hajr Aswad.

“Abang An (Azhan Rani) memang baik sangat hati dia. Masa saya pergi Mekah shooting dengan dia, dialah yang tolong saya untuk cium Hajr Aswad,” tulisnya.

ummi nazeera

Ummi Nazeera terharu dibantu

Jelasnya, situasi ketika itu memang ramai orang sehingga dirinya terasa agak mustahil untuk mencium Hajr Aswad memandangkan bertubuh kecil.

Namun, Azhan telah bertanya kepada Ummi sama ada mahu ataupun tidak mencium Hajr Aswad sebelum membantunya sehingga berjaya,

“Masa tu memang ramai sangat orang, sangat mustahil rasanya. Saya pula kecil je kan.
“Tapi Abang An yang tanya dulu, “Ummi nak cium Hajr Aswad tak?”
“Allah, seorang abang yang sangat hebat. Alhamdulillah untuk insan sepertinya,” tulisnya lagi.

 

Artikel lain: “Kuatlah sahabatku..”- Azhan Rani pohon doa, Shahronizam bakal jalani pembedahan tumor esok

Azhan Rani buat orang lain gembira

Hantaran yang dibuat oleh pelakon drama Saat Aku Tahu itu susulan tularnya tangkapan layar perbualan Azhan Rani dengan usahawan makanan yang meminta untuk menyedekahkan makanan kepada anak Amyza Aznan, allahyarham Andre Mikhail yang ketika itu terlantar di hospital.

Dalam perbualan tersebut, Azhan meminta usahawan makanan berkenaan menghantarkan ayam goreng kepada Andre yang menyukai menu tersebut bagi menggembirakannya yang sedang berjuang dengan kanser paru-paru tahap empat.

Allah yang izinkan

Menjengah ke ruangan komen, aktor terbabit telah memberikan maklum balas dengan  menzahirkan rasa terharu serta menjelaskan apa yang dilakukan adalah dengan izin Allah.

Ujarnya, usaha membantu Ummi disebabkan dirinya sudah pernah mencium Hajr Aswad sebelum ini dan mengajak pelakon terbabit kembali ke Tanah Suci berkenaan kerana sudah mulai merinduinya.

Sumber: Threads umminazeera

Scroll to Top