Fazura Elak Ditanya Soalan Peribadi – “Saya Tak Nak Apa Yang Saya Katakan Jadi Bahan Perbalahan”

Fazura Elak Ditanya Soalan Peribadi – “Saya Tak Nak Apa Yang Saya Katakan Jadi Bahan Perbalahan”

Selebriti popular, Nur Fazura menjelaskan sebab dia jarang melakukan sesi siaran langsung menerusi akaun perniagaannya gara-gara takut kenyataannya disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Kata Faz menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, dia tidak mahu apa sahaja yang diperkatakannya menjadi bahan dan punca perbalahan.

“Saya tak nak apa yang saya perkatakan dijadikan headline atau buat orang berbalah. Walhal saya cakap benda lain, orang akan twist benda lain yang benda tu nanti jadi negatif,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Yang Datangkan Bahagia Harus Disayangi, Yang Ganggu Ketenangan Kita Palau”- Fazura Kongsi ‘Formula’ Hidup Kekal Tenang Sempena Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN:“Hati Dia Memang Baik” – Akui Banyak Persamaan, Fazura Tampil Perjelas Hubungan Sebenar Dengan Que Haidar

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Jagakan ‘Awak’ ” – Layan Konsert Mahalini Di Jakarta, Que Haidar Titip Pesan Minta Jagakan Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Sesekali Sakitkan Dia, Jangan Sesekali Nayakan Dia” – Bodyguard Fazura Titip Pesanan Pada Que Haidar?

Tambahnya, setiap kali melakukan sesi Live di akaun perniagaannya, dia sering menerima soalan bersifat peribadi yang tidak sesuai dijawab untuk tontonan umum.

“Sebab itulah saya jarang nak buat Live dah. Tapi hari ini i feel oblige to do it today. Sebab setiap kali buat live dekat Fazura.my dimana kalau saya menjual… banyak soalan yang saya tak boleh nak jawab. Sebab di situ saya menjual. Jadi tak banyak soalan yang dapat saya jawab,” jelasnya.

Katanya lagi, sesi Live yang dilakukan kali ini bertujuan menjawab persoalan peminat berkaitan kerjaya, termasuk perkembangan terkini mengenai dirinya, anaknya Fatima serta sahabatnya, Que Haidar.

“Tujuan saya buat live sekarang ini adalah untuk menjawab segala persoalan yang hendak diajukan kepada saya atau Fatima, atau sahabat saya, Que Haidar, pasal kerja dan sebagainya. Dan ini (Live) adalah cara saya untuk berterima kasih kepada anda semua.

“Jangan bimbang pasal saya, doakan baik-baik sahaja. Kita ada Allah dan kita doa dan insyaa-Allah, Allah akan beri yang terbaik,” ujarnya.

 

Scroll to Top