Nampaknya isu melibatkan influencer Ammar Nazhan masih belum reda apabila muncul pula dakwaan terbaru daripada netizen di Threads.
Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan selepas didakwa membuat live perlawanan Piala Dunia di TikTok. Dia kemudian tampil memberi penjelasan bahawa dirinya hanya berinteraksi dan bersembang tentang perlawanan bersama penonton.
BACA: “Am Juga Manusia Biasa” – Influencer Buka Mulut Isu ‘Live’ Piala Dunia Di TikTok
Tapi pempengaruh ini nampaknya tak makan ‘teguran’ apabila dikatakan masih membuat live Piala Dunia. Lebih menjadi perhatian, netizen mendakwa siaran tersebut menggunakan RTMKlik dan turut boleh ditonton oleh penonton dari negara lain.

Dalam hantaran lain, seorang pengguna Threads turut mendakwa sudah membuat laporan terhadap live tersebut di TikTok.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, laporan itu memaparkan status “Pelanggaran ditemukan” dan menyatakan siaran live berkenaan telah dihentikan selepas pihak TikTok menyemak laporan tersebut.

Isu ini kemudian mengundang lebih banyak reaksi netizen yang mempersoalkan kenapa perkara sama didakwa masih berlaku walaupun sudah ada teguran sebelum ini.

Ada juga yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila kandungan tersebut didakwa memaparkan siaran rasmi perlawanan.
Selain itu, seorang lagi pengguna turut mempersoalkan tindakan tersebut dan meminta pihak berkaitan memberi penjelasan.
Pssttt! Dalam isu macam ini, content creator memang kena lebih berhati-hati sebab bukan semua perkara boleh dikongsi secara live, lebih-lebih lagi melibatkan siaran rasmi dan hak penyiaran. Semoga ada tindakan lanjut dari pihak berkenaan.
Kredit: Thread @mhfxxz_
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




