Isu rawatan hidung membabitkan pelakon Zahiril Adzim tiba-tiba jadi bualan hangat selepas satu video tular di media sosial. Rakaman itu memaparkan dia kononnya menjalani rawatan mengecilkan hidung di sebuah klinik kecantikan.
Ramai mula buat andaian sendiri, tapi Zahiril Adzim tak ambil masa lama untuk tampil beri penjelasan. Ohmedia tengok sendiri, penjelasan dia memang straight to the point dan tak berselindung.
Zahiril Adzim akui tahu video akan dimuat naik

Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, berkata dia memang tahu rakaman itu akan dimuat naik oleh pihak klinik. Malah dia juga tiada niat untuk sembunyikan perkara tersebut.
Saya belum tengok video itu dan masih belum baca komen. Tapi saya tahu mereka akan muat naik dan saya tiada nak rahsiakan apa-apa. Hidung saya masih besar dan saya bukan buat rawatan kecilkan hidung.- Katanya.
Menurut Zahiril Adzim, rawatan hidung yang dilakukan bukanlah untuk mengecilkan atau memancungkan hidung seperti didakwa. Sebaliknya ia hanya bertujuan melemahkan otot hidung agar tidak terus mengembang seiring pertambahan usia.
Hanya untuk lemahkan otot di bahagian hidung sebab bila makin menua makin kembang. Jadi saya lakukan supaya ia tidak membesar, itu saja.- Jelasnya.
Tidak berniat ubah bentuk hidung

Zahiril Adzim turut menegaskan dia tiada keinginan untuk mengecilkan hidungnya demi kelihatan berbeza. Malah sepanjang 14 tahun dalam industri seni, dia tidak pernah terfikir untuk melakukannya.
Saya tiada niat nak kecilkan macam hidung Korea. Jangan risau, saya tak akan kecilkan hidung saya. Saya dah 14 tahun dalam industri seni.
Kalau saya nak buat, mungkin tahun kelapan atau kesepuluh saya sudah buat. Ini sudah 14 tahun, tak payahlah. Orang akan cepat perasan nanti.- Ujarnya.
Tambahnya, rawatan hidung itu juga bukan kerana kurang keyakinan diri, sebaliknya sekadar ingin mencuba dan merupakan pengalaman kali pertamanya.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat buat spekulasi bila nampak sesuatu tular. Kadang-kadang apa yang berlaku tak sama dengan apa yang kita sangka.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




