Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata seolah-olah itu adalah luahan hatinya.
Menerusi hantaran tersebut, Elyana atau nama lengkapnya, Erneelya Elyana Emrizal, 39, seakan memberi bayangan mengenai perjalanan kesihatannya yang masih memerlukan perhatian rapi dan rawatan berterusan.
“Sebenarnya aku sudah faham arah akhirnya ke mana.
“Tapi aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama. Menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar jadi kenangan,” kongsinya.
Meskipun aktif menjalani rawatan kemoterapi, namun hantaran berkenaan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikutnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat penyanyi itu tampil memberikan kata-kata semangat dan berharap Elyana kembali sihat seperti sedia kala.



Sebelum ini, pelantun lagu Niat itu mengesahkan dia kembali meneruskan sesi kimoterapi bagi rawatan kanser limfoma yang dihidapinya.




