bhnews.bh@com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri yang terbabit pada hari ini.
METMalaysia dalam kenyataan di Facebook rasmi itu berkata, beberapa negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 pagi.
“Antara negeri yang dijangka Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan beberapa kawasan di Sabah (bahagian Pedalaman, Sandakan dan Kudat),” dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7.45 pagi tadi.
Agensi itu turut menjelaskan, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir apabila intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini dengan menggunakan aplikasi myCuaca, portal www.met.gov.my atau
media sosial rasmi MetMalaysia seperti Facebook bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd




