Ayda Jebat Syukur Selesai Jalani Prosedur Jahit Semula Luka Pembedahan Bersalin Yang Bocor – “Saya Masih Tak Boleh Lasak”

Ayda Jebat Syukur Selesai Jalani Prosedur Jahit Semula Luka Pembedahan Bersalin Yang Bocor – “Saya Masih Tak Boleh Lasak”

“Saya sudah selesai jahit (prosedur menjahit semula luka pembedahan bersalin). Masih tak boleh lasak. Tetapi Alhamdulillah”.

Demikian perkongsian penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat apabila memaklumkan dirinya kini telahpun selesai menjalani prosedur menjahit semula luka pembedahan bersalin yang bocor sebelum ini.

Kata Ayda, dia bersyukur apabila pembedahan telahpun selesai dan buat masa ini dia masih tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lasak.

“Saya sudah selesai jahit (prosedur menjahit semula luka pembedahan bersalin). Masih tak boleh lasak. Tetapi Alhamdulillah,dah tak seriau sangat,” kongsinya di Threads.

Sebelum ini, suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir memaklumkan,  Ayda mengalami komplikasi kecil pada bahagian jahitan di perutnya selepas melahirkan cahaya mata ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.

Menurutnya, bahagian jahitan pembedahan tersebut dikatakan sedikit terbuka dan bernanah sehingga memerlukan isterinya itu ke hospital untuk membersihkan luka berkenaan.

Malah, Nabil menjelaskan, prosedur tersebut terpaksa dijalankan kerana Ayda bertegas mahu menghadiri acara Celebfest yang didakan di Singapore pada Jumaat ini.

Sekadar  info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla.

Scroll to Top