Pelakon popular Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan sedang hamil anak kedua menerusi perkongsian di Instagram miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Intan memaklumkan puteri sulungnya, Imane Lunara, bakal bergelar kakak tidak lama lagi.
“Lunara akan jadi kakak. Keluarga kecil kami makin bertambah dan kami kini bakal menjadi keluarga empat orang,” tulisnya.
Perkongsian itu meraih perhatian dan Intan menerima ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut berkongsi rasa teruja melihat perkembangan baharu dalam kehidupannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipuji Artis Bijak, Intan Najuwa Lantang Suarakan Pendapat Isu Jenayah Di Sekolah – “Anak Ni Ibarat Kain Putih, Kita Yang Corakkannya”
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Suka Kehidupan Sekarang, Tenang & Penuh Kasih Sayang”- Intan Najuwa Bahagia Jadi Suri Rumah
Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.
Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Imane Lunara yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.



