Kenal di grup WhatsApps, pelajar dibawa lari ‘sepupu’ ke Makassar

Kenal di grup WhatsApps, pelajar dibawa lari ‘sepupu’ ke Makassar
Kenal di grup WhatsApps, pelajar dibawa lari ‘sepupu’ ke Makassar

Lelaki yang didakwa bawa lari dan cabul seorang pelajar berusai 15 tahun.

MAKASSAR – Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kabupaten Bantaeng, Sulawesi Selatan diculik lelaki yang dikenalinya menerusi grup WhatsApp.

Mangsa dilaporkan dibawa keluar dari sekolahnya di Bantaeng pada Rabu oleh suspek berusia 23 tahun.

Lelaki itu dipercayai memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai sepupu ketika menjemputnya di sekolah.

Suspek kemudian membawa mangsa ke Makassar dan menempatkannya di sebuah bilik sewa di Jalan Perintis Kemerdekaan, Kecamatan Tamalanrea.

Setelah menjalankan siasatan, polis berjaya menahan suspek di bilik sewa berkenaan.

Wakil Komander Pasukan Resmob Polda Sulawesi Selatan, Aipda Wawan Ganam berkata, individu yang ditahan itu berusia 23 tahun manakala mangsa pula berumur 15 tahun.

Menurut beliau, mereka pada awalnya berkenalan melalui grup WhatsApp sebelum suspek bertindak memperdaya mangsa untuk mengikutinya.

Suspek juga dipercayai memberi alasan untuk pergi ke Sinjai, namun sebaliknya mangsa dibawa ke Makassar.

Sepanjang berada di bandar itu, mangsa ditempatkan di bilik sewa suspek.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengaku ada berlaku unsur pencabulan sepanjang tempoh tersebut.

Kes kini disiasat lanjut bagi tindakan undang-undang selanjutnya terhadap suspek.

 

 

Scroll to Top