LKAN: SPRM mulakan siasatan awal berkaitan isu UKM

LKAN: SPRM mulakan siasatan awal berkaitan isu UKM

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan awal bagi meneliti sama ada terdapat kelemahan tata kelola atau unsur jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, atau pelanggaran undang-undang berkaitan isu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

SPRM mengambil maklum dapatan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 berkaitan ketidakaturan pengurusan kewangan serta isu tatakelola melibatkan universiti berkenaan.

SPRM dalam kenyataan berkata, siasatan dijalankan secara profesional, bebas dan berlandaskan undang-undang tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti berlakunya kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau undang-undang lain yang berkaitan.

“Suruhanjaya komited memastikan setiap dana awam diurus secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat serta menjaga kepercayaan terhadap institusi pendidikan tinggi negara,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top