“Donat RM10 Dah Jual Sejak 2024” – Pempengaruh Faiz Soul Tampil Jelaskan Isu Viral

“Donat RM10 Dah Jual Sejak 2024” – Pempengaruh Faiz Soul Tampil Jelaskan Isu Viral

Trending

Faiz Soul jelaskan donat RM10 sudah dijual sejak 2024 dan bertujuan bantu Eiyka, bukan sekadar raih keuntungan.


Nama pempengaruh Faiz Soul kembali menjadi sebutan netizen selepas isu donat RM10 hangat diperkatakan di media sosial.

Ada yang mempersoalkan harga berpendapat harga RM10 untuk sebiji donat sangat mahal dan cekik darah.

BACA: “Patutnya RM50 Sebiji” – Pempengaruh Faiz Soul Dipersoal Jual Donut RM10

Susulan kecaman yang diterima, Faiz Soul akhirnya tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai donat yang dijualnya itu.

Donat sudah dijual sejak Mei 2024, tak tahu kenapa baru nak kecam

Menurut Faiz Soul, donat berkenaan bukanlah produk baharu seperti yang disangka ramai. Ianya sudah dijual sejak 2024.

Faiz turut menjelaskan bahawa tujuan utama beliau menambah menu donat itu adalah untuk membantu rakannya, Eiyka yang sebelum ini tidak dapat meneruskan perniagaan.

Difahamkan, donat viral tersebut pada awalnya dijual Eiyka namun terpaksa berhenti di tengah jalan.

Terkejut Faiz isu donat rm10 tengah viral sekarang, hakikatnya pada 2024 kita dah jual donat ni. Siapa kenal? Ni donat Ieyka tapi waktu tu Ieyka ada masalah sikit, dia tak dapat teruskan perniagaan donat. Jadi sekarang Ieyka jadi team Faiz Soul juga. Faiz bagi ruang dan peluang pekerjaan Ieyka dengan Faiz.

Jelasnya, donat tersebut sebenarnya sudah dijual sejak Mei 2024 dan pernah menjadi fenomena sebelum ini.

Tapi terkejut 2 tahun lepas pernah jadi fenomena orang beli donat ni sangat viral. Tak tahu kenapa baru tahun ni orang nak kecam. Padahal kita dah niaga sejak Mei 2024, dulu khemah Ieyka duduk dengan Faiz je. Niat Faiz nak bantu.

Niat mahu bantu, bukan sekadar berniaga

Donat Faiz Soul

Menurutnya, Ieyka kini menjadi sebahagian daripada pasukan Faiz Soul dan peluang ini diberikan supaya beliau dapat bekerja serta menyara anak.

Tambah Faiz lagi, beliau sendiri terkejut apabila donat yang sudah lama dijual tiba-tiba menjadi sasaran kecaman tahun ini, sedangkan sebelum ini ia pernah tular dan mendapat sambutan.

Pssttt! Dalam dunia perniagaan, harga dan nilai memang subjektif. Jika rasa berbaloi, orang akan beli. Jika tidak, pengguna ada pilihan lain. 

Kredit: TikTok Faiz Soul
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top