Panggilan ‘Sayang’ Que Haidar Terhadap Fazura Bikin Netizen Cair, DJ Sonic Respons : “Menjadi! Macam Dalam Drama”

Panggilan ‘Sayang’ Que Haidar Terhadap Fazura Bikin Netizen Cair, DJ Sonic Respons : “Menjadi! Macam Dalam Drama”

Penyampai dan pengacara, DJ Sonic tampil berkongsi pandangan peribadinya terhadap video pendek yang tular di media sosial memperlihatkan rakan baiknya, Nur Fazura dan pelakon, Que Haidar.

Menerusi perkongsian di Threads, Sonic atau nama lengkapnya, Awang Suffian Awang, 47, berasa teruja melihat sambutan dan respons positif warganet terhadap muzik video promosi jenama pakaian popular yang menggandingkan kedua-dua pasangan berkenaan.

Katanya, memandangkan Fazura dan Que sudah lama berkecimpung dalam industri, tidak mustahil lakonan mereka termasuk penggunaan panggilan ‘Sayang’ tampak begitu hidup dan meyakinkan.

“Saya ulang  banyak kali! Mereka sudah lama dalam bidang lakonan. Betul-betul macam dalam drama.

“Bila orang berbakat ni, bagi apa je watak dan skrip mereka akan terjemahkan… dah terus menjadi! Rindu nak lihat pelakon-pelakon legend dulu-dulu kan? Mereka memang dilahirkan sebagai anak seni,” katanya.

Terdahulu, video pendek tersebut menyorot perhatian ramai khususnya apabila adegan Que memanggil Fazura dengan panggilan ‘Sayang’ sekali gus membuatkan peminat berasa teruja dan gembira.

Malah, ramai turut bersetuju gandingan mereka memiliki aura tersendiri apabila muncul bersama di layar.

Scroll to Top