Petronas untung RM45.4 bilion, umum dividen RM32 bilion kepada kerajaan

Petronas untung RM45.4 bilion, umum dividen RM32 bilion kepada kerajaan

kartika@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: PETRONAS mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM32 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan 2025, selepas mendapat kelulusan Lembaga Pengarah syarikat itu.

Sepanjang tahun kewangan berkenaan, dividen sebanyak RM320,000 bagi setiap saham biasa, dengan jumlah keseluruhan RM32 bilion, diisytiharkan kepada pemegang saham pada 24 Februari 2025.

Bayaran dividen itu dilaksanakan secara berperingkat antara Mac hingga Disember 2025.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (FY2025) PETRONAS mencatatkan pendapatan RM266.1 bilion, susut 17 peratus berbanding tahun sebelumnya susulan purata harga direalisasi yang lebih rendah, jumlah jualan berkurangan, kesan pertukaran asing serta pelupusan Engen Group.

Keuntungan Selepas Cukai (PAT) merosot 18 peratus kepada RM45.4 bilion, sejajar dengan penyusutan hasil, namun sebahagiannya diimbangi perbelanjaan cukai yang lebih rendah.

Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) turut berkurangan 10 peratus kepada RM103.0 bilion, selari dengan keuntungan yang lebih rendah bagi tempoh berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top