Hina agama! MCMC siasat penuntut pijak al-Quran, ikut Akta 588

Hina agama! MCMC siasat penuntut pijak al-Quran, ikut Akta 588

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keterangan seorang penuntut lelaki di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam berhubung gambar memijak al-Quran yang tular di media sosial.

Siasatan dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

MCMC siasat penuntut pijak al-Quran

 

Menurut MCMC, kandungan kontroversi itu dimuat naik di platform Threads melalui akaun bernama “ryandaselva” dan dikenal pasti mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam.

“Kandungan berkenaan dikenal pasti mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian awam,” katanya.

Artikel lain: MCMC siasat akhbar berbahasa Cina silap terjemah titah Agong – Fahmi

MCMC turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial dengan berhemah dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, sensitiviti agama atau perpaduan negara.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Thread didakwa memuat naik gambar memijak al-Quran sehingga mencetuskan rasa marah dalam kalangan umat Islam.

Individu tersebut yang didakwa merupakan pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kemudiannya memohon maaf kerana memuat naik gambar tersebut.

Sumber: FB Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Scroll to Top