am@hmetro.com.my
Kuching: Seorang pekerja maut selepas dihempap bongkah konkrit di tapak pembinaan sebuah sekolah rendah di Simunjan, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Chai Mui Kiong, 67 tahun.
Beliau berkata, bongkah konkrit itu digunakan untuk ujian beban pada permukaan tapak projek pembinaan berkenaan.
“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan diarah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.08 petang.
“Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari tersepit pada struktur konkrit dan menyerahkan mangsa pada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
© New Straits Times Press (M) Bhd




