Individu yang juga usahawan produk kecantikan tampil mendakwa dia menjadi mangsa scam Azar Azmi dan seorang individu lelaki yang didakwa suami kepada aktres itu.
Dakwa individu yang dikenali sebagai @kakbeyna_official, pelakon wanita berkenaan bersama-sama suaminya didakwa menipu orang ramai termasuklah dirinya sehingga mengalami kerugian sebanyak RM300,000.
Lebih mengejutkan, pasangan terbabit juga didakwa menipu individu lain sehingga jutaan ringgit.
“Kepada pelakon wanita drama ni dengan suami dia yang menipu ramai duit orang termasuk saya yang kena tipu RM300,000 malah ada yang ditipu sampai berjuta-juta.
“Kau orang jangan nak lari sangat sebab dah ramai buat report polis pasal anda berdua. Patutlah dah lama tak berlakon, kerja menipu duit orang. Laki bini sama je.
“Baru nak sabar bulan puasa ni tapi bila dapat tahu mereka ni kaki scammer, aniaya orang memang saya tak boleh tahan dah manusia perangai macam ni,” dakwanya.
Enggan berdiam diri, individu berkenaan turut mendedahkan salinan kad pengenalan aktres berkenaan dan suaminya bagi tujuan membantu mangsa-mangsa yang teraniaya.

Menerusi hantaran yang berlainan pula, individu berkenaan mendakwa, mangsa yang terlibat telahpun membuat laporan polis.
Namun, keberadaan Azar dan suami sukar dikesan gara-gara pasangan suami isteri ini bertindak melarikan diri dan tidak menetap di suatu kawasan.
“Ramai mangsa telah pun membuat laporan polis. Dapat info, mereka ni tengah lari merata temoat dan tak stay di satu kawasan sebab polis tengah cari mereka.
“Siapa ada maklumat ternampak 2 ekor ni dekat hentian rehat atau mana-mana tolong maklumkan atau ambil gambar. Mangsa dan pihak polis sedang mencari mereka,” dakwanya.





