nurhanim.osman@bh.com.my
Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby antara 14,225 anggota baharu menyertai PKR bagi tempoh Oktober 2025 hingga Januari tahun ini.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, perkara itu antara yang dimaklumkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti hari ini.
Selain Sany Araby, turut menyertai parti itu ialah Pengurus Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Hidayat Abdullah.
“Sementara itu, MPP turut memutuskan pelantikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP.
“Turut dilantik Muhd Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Haris sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama parti,” katanya melalui kenyataan, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




