Aaron-Kai Wun gagal buru pingat Sukan Asia

Aaron-Kai Wun gagal buru pingat Sukan Asia

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Harapan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Tee Kai Wun untuk meraih pingat dalam satu-satunya kejohanan utama mereka berkecai selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada pusingan 16 terbaik Sukan Asia Aichi-Nagoya, hari ini.

Aaron-Kai Wun gagal mengekalkan permulaan baik apabila tewas 19-21, 16-21 kepada Won Ho-Seung Jae di Ichinomiya City Municipal Gymnasium.

Pasangan negara itu mendahului sehingga kedudukan 17-16, namun Won Ho-Seung Jae bangkit lebih agresif untuk memenangi set pertama 21-19.

Gandingan Korea itu kemudian menguasai set kedua untuk mengesahkan tempat di suku akhir, dengan mereka akan berdepan wakil Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi, esok.

Bagaimanapun, Malaysia masih mempunyai wakil dalam acara beregu lelaki apabila pasangan nombor enam dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke suku akhir selepas menewaskan bekas juara dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 21-19, 21-16.

Sze Fei-Izzuddin akan berdepan sama ada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang atau pasangan Thailand, Charoenkitamorn Chaloempon-Thongsa Nga Worrapol pada suku akhir, esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top