LATEST

Wanita ‘terseksa’ 8 jam cincin suasa tersekat di jari

Wanita ‘terseksa’ 8 jam cincin suasa tersekat di jari

am@hmetro.com.my

Baca juga: 13 permohonan ditolak! JPPM sahkan tiada pertubuhan Rohingya diluluskan di Malaysia

Baling: Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir lapan jam selepas cincin suasa yang tersekat pada lima jari di tangan kirinya sebelum berjaya ditanggalkan dengan bantuan bomba.

Difahamkan, wanita berusia 44 tahun itu datang ke Baling untuk melakukan aktiviti di sini namun mengalami masalah apabila cincin dipakainya tidak dapat ditanggalkan berikutan jari semakin membengkak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas memotong cincin pada jam 8.21 pagi hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu wanita cuba mendapatkan bantuan di hospital, namun cincin berkenaan gagal ditanggalkan sebelum doktor mencadangkan supaya ia dipotong bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Beliau berkata, operasi memotong cincin itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohamad Ibrahim bersama empat anggota di bilik kecemasan Hospital Baling.

“Difahamkan, keadaan jari mangsa ketika itu sudah membengkak dan berbau busuk akibat cincin yang terlalu ketat serta tersekat dalam tempoh lama.

“Operasi dilakukan dengan berhati-hati menggunakan peralatan khas pemotong cincin untuk mengelakkan kecederaan lebih serius.

“Operasi mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk memotong kesemua lima cincin suasa yang tersangkut itu dan jari mangsa sudah bernanah, ” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news