LATEST

AMK yakin orang muda, rakyat Melaka buat keputusan terbaik esok

AMK yakin orang muda, rakyat Melaka buat keputusan terbaik esok

am@hmetro.com.my

Baca juga: Keputusan PRN Melaka bukti rakyat yakin dengan penyatuan ummah – Abdul Hadi

Klebang: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim yakin generasi muda dan rakyat Melaka akan membuat keputusan terbaik esok bagi memberi mandat kepada parti yang mampu membuat perubahan di negeri itu.

Beliau berkata, semua calon Pakatan Harapan (PH) berkempen dan menyantuni pengundi seramai mungkin sejak dua minggu lalu.

“Kita Pakatan Harapan bergerak berbaki hari ini sebelum mengundi esok. Kita akan pastikan bahawa gerak kerja, strategi di lapangan itu dapat terus dijalankan. Ini bagi memastikan ramai pengundi yang akan keluar esok.

“Perubahan harus dilakukan dan dilaksanakan pada pilihan raya kali ini. Ia bukan untuk kepentingan individu tertentu tetapi untuk manfaat rakyat Melaka.

“Sambutan baik diberikan kalangan kelompok orang muda Gen Z semasa berkempen. Dalam masa sama ramai kalangan rakyat di Melaka belum membuat keputusan (memilih calon),” katanya.

Beliau berkata, meskipun pelbagai ramalan dibuat pelbagai pihak berhubung keputusan PRN Melaka ke-16 esok, namun PH sentiasa berusaha yang terbaik.

Muhammad Kamil berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan bersama komuniti pesawat di Kampung Pinang, di sini hari ini.

Hadir sama, calon PH DUN Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news