Perkongsian seorang peniaga booth di acara Celebfest Singapura menjadi perhatian ramai apabila mendakwa pempengaruh media sosial, Betty Rahmad bersikap kurang ajar.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, usahawan bernama Aleaf Adam itu berkongskan kejadian sebenar yang berlaku dimana Betty datang ke booth bersama kenalannya yang turut disaksikan oleh pelanggan yang berada di situ.
BACA: Anak Mengaji, Pemergian Siti Sarah Jentik Hati Betty Rahmad Berhijab
Menurutnya, lagi, ketika itu pekerja hanya ada dua orang sahaja dan sedang melayan pelanggan lain, namun tiba-tiba Betty didakwa meninggikan suara untuk membeli produk yang dijual.
“Pelanggan nampak. You know what she did? She came out of nowhere, she went to the middle of our counter, dia pekik, dia tak cakap baik-baik, ‘I want this’, kau siapa eh? Artis?” katanya.
Sementara itu, usahawan tersebut turut mengatakan Betty sewajarnya memohon maaf kepada kakitangan yang terlibat.
Dalam pada itu, Betty dilihat ada memuat naik kenyataan akan menjelaskan mengenai isu berkenaan secara siaran langsung pada jam 11.30 pagi.





