Uqasha Dan Kamal Adli Kongsi Momen Bersama Anak Raih Perhatian

Uqasha Dan Kamal Adli Kongsi Momen Bersama Anak Raih Perhatian

Oh! Artis

Uqasha dan Kamal Adli kongsi momen anak mereka selepas bercerai, tetap luang masa bersama sebagai ibu bapa.


Perkongsian terbaru melibatkan Uqasha Senrose dan Kamal Adli sekali lagi menarik perhatian ramai apabila pelakon itu memuat naik momen anak mereka, Hawra Uqaira, yang dibawa keluar berjalan.

Walaupun sudah berpisah, kedua-duanya dilihat masih menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik, sekali gus membuatkan netizen tersentuh melihat hubungan mereka yang kekal matang demi anak.

Anak Uqasha

Menerusi Instastory, Uqasha berkongsi video memaparkan Uqaira berdiri penuh teruja sambil melihat beberapa ekor ikan di dalam akuarium. Rakaman ringkas itu jelas menunjukkan si kecil menikmati masa bersama bapanya, Kamal Adli, ketika keluar berjalan-jalan.

Uqasha Senrose titip penghargaan buat Kamal

Perkongsian tersebut secara tidak langsung menggambarkan situasi Uqasha dan Kamal Adli yang masih bekerjasama dalam membesarkan anak walaupun tidak lagi bersama sebagai suami isteri. Uqasha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas suaminya kerana meluangkan masa bersama anak mereka.

Thank you ayah (Kamal) bawa Qeya (panggilan Uqaira) jalan-jalan.- Katanya.

Uqasha turut meluahkan rasa bersalah kerana tidak dapat bersama anaknya disebabkan komitmen kerja yang padat.

Sorry anak ibu, ibu shooting dari pagi ke pagi. Nanti bubu (Uqasha) bawa Qeya jalan-jalan pula okay.- Katanya lagi.

Kamal Adli sah lepaskan Uqasha Januari lepas

Terdahulu, Uqasha dan Kamal Adli sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026. Lafaz cerai dibuat oleh Kamal di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas permohonan difailkan Uqasha pada 1 Oktober 2025.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira.

Pssttt! Ohmedia harap walau apa pun yang berlaku antara ibu bapa, anak tetap jadi keutamaan. Hubungan mungkin berakhir, tapi tanggungjawab dan kasih sayang jangan pernah putus.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top