Lagi Kes Lelaki Pijak Al-Quran Tersebar

Lagi Kes Lelaki Pijak Al-Quran Tersebar

Oh! Negara

Video pijak Al Quran tular di TikTok, cetus kemarahan ramai. Akaun sudah dipadam, PDRM dihubungi untuk siasatan.


Apa sudah jadi? Dimaklumkan satu lagi video memaparkan seorang lelaki memijak Al Quran viral di TikTok dan terus mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dianggap melampau itu.

Kandungan jelik berkenaan dimuat naik menerusi satu akaun di TikTok sebelum ia tersebar luas di pelbagai platform media sosial. Isu pijak Al-Quran ini terus menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Akaun sudah dipadam namun video sempat tersebar

Semakan hari ini mendapati akaun terbabit sudah memadam kandungan berkenaan. Namun begitu, video pijak Al Quran itu sempat dimuat turun dan disebarkan di beberapa platform lain. Perbuatan ini membuatkan isu tersebut terus hangat walaupun kandungan asal sudah tidak lagi berada di akaun berkenaan.

Hasil semakan juga mendapati pemilik media sosial itu mempunyai beberapa akaun berbeza menggunakan nama dan gambar yang hampir serupa.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap isu pijak Al Quran tersebut.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai tindakan lanjut terhadap kes pijak Al-Quran yang mencetuskan kemarahan ramai ini.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan sesekali lakukan atau sebarkan kandungan yang menyentuh sensitiviti agama. Apapun, perbuatan terkutuk ini memang menguji kita semua di bulan Ramadan ini. Harap pelaku kena balasan setimpal.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top