Linda Rafar Derita Kemurungan Angkara Seorang ‘Datuk’ | Oh! Artis – Oh! Media

Linda Rafar Derita Kemurungan Angkara Seorang ‘Datuk’ | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Linda Rafar alami kemurungan selepas rugi RM500,000 ditipu individu bergelar Datuk. Dedah alami anxiety dan terpaksa makan ubat.


Pelakon terkenal, Linda Rafar mendedahkan dirinya mengalami kemurungan selepas menanggung kerugian sebanyak RM500,000 akibat ditipu seorang individu bergelar ‘Datuk’.

Menurut laporan Oh Bulan, Linda mengakui kejadian itu memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya.

Saya down, anxiety dan kemurungan tapi orang tak tahu benda tu. Depan orang, saya buat video gelak-gelak, berada keadaan baik tapi sebenarnya saya dah makan ubat untuk tenangkan diri.

Tidur terganggu, nafas seolah-olah berhenti

Linda Rafar

Menurut Linda, tekanan yang dialami membuatkan dia terlalu memikirkan soal wangnya yang belum dipulangkan.

Saya terlalu fikir bila dia nak pulangkan semula duit saya sampai tidur terganggu dan nafas saya seolah-olah berhenti ketika tidur.

Situasi itu jelas menunjukkan betapa beratnya beban yang ditanggung walaupun di mata umum dia kelihatan kuat dan ceria.

Linda Rafar percaya kerana kenal dan golongan VIP

Linda Rafar

Linda mengakui antara faktor dia yakin untuk melabur hampir setengah juta ringgit itu adalah kerana latar belakang individu tersebut yang mempunyai pengaruh besar.

Saya kenal individu itu dan dia berkawan dengan golongan VIP dan orang berpengaruh. Itu yang buat saya lebih yakin. Cuma kesilapan saya adalah terlalu percaya orang.

Walaupun sudah menghubungi individu tersebut untuk menuntut kembali wangnya, alasan yang diberikan hanyalah komitmen kewangan dan projek masih berjalan.

Bila dah melebihi tarikh yang dijanjikan, saya rasa memang tak boleh.

Pssttt! Jangan mudah terpedaya dengan gelaran dan pengaruh. Dalam soal duit, siasat dulu sedalam-dalamnya walaupun kenal rapat. Mental lebih berharga dari segalanya.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top