Trending
Erma Fatima nafi drama Jangan Panggil Aku Gus ada kaitan dengan Da’i Syed, tegaskan ia hanya ilham realiti masyarakat.
Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan bahawa drama terbaharunya berjudul Jangan Panggil Aku Gus mempunyai kaitan dengan pendakwah selebriti, Da’i Syed.
Menurut laporan mStar, Erma berkata karya tersebut tidak merujuk kepada mana-mana individu tertentu, apatah lagi membabitkan isu peribadi yang belum pasti kesahihannya.
Mana ada! Tiada kena-mengena dengan dia (Da’i Syed) pun. Apa yang berlaku kepada dia pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya.
“Saya taknak sentuh isu orang” – Erma Fatima

Erma turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu menyentuh perkara yang tidak diketahui kebenarannya.
Saya tak reti nak buat benda-benda yang saya tak tahu. Saya pun tak nak menyentuh isu orang yang kita tak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya. Saya tidak menidakkan ataupun mengiyakan.
Idea drama dari realiti masyarakat

Mengulas lanjut, Erma menjelaskan bahawa idea penghasilan drama Jangan Panggil Aku Gus lahir daripada pemerhatian terhadap realiti kehidupan dan isu masyarakat masa kini, bukannya diinspirasikan daripada mana-mana individu tertentu.
Dalam masa sama, Erma meluahkan rasa syukur kerana drama tersebut berjaya menghimpunkan barisan pelakon dari Malaysia dan Indonesia.
Alhamdulillah, drama ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Saya berharap selepas ini akan lebih banyak lagi drama atau filem yang menggabungkan artis Malaysia-Indonesia. Macam satu ketika dahulu filem Gadis Hitam Putih.
Pssttt! Sebelum membuat spekulasi, pastikan fakta jelas dan sahih. Seni adalah cerminan masyarakat, bukan semestinya kisah individu tertentu.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




