Pelajar IPT Mengaku Tidak Bersalah Cemarkan Al-Quran

Pelajar IPT Mengaku Tidak Bersalah Cemarkan Al-Quran

Oh! Negara

Pelajar IPT didakwa cemarkan al Quran dan hantar komunikasi jelik di Threads, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuantan.


Seorang pelajar IPT didakwa cemarkan Al-Quran dan melakukan hantaran gambar perbuatan jelik di media sosial bulan lalu. Tertuduh, S. Vikneswaran yang berusia 21 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut. Dia minta supaya kes itu dibicarakan.

Setakat ini, sebanyak 82 laporan polis diterima dari seluruh negara. Seramai 43 saksi juga sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Pelajar universiti di Kuantan itu ditahan pada 25 Februari lalu selepas memuat naik gambar memijak Al-Quran menerusi akaun Threads miliknya. Akaun yang digunakan adalah “RYANDASELVA”.

Mengikut kenyataan Jabatan Peguam Negara sebelum ini, penelitian terhadap kertas siasatan mendapati terdapat keterangan mencukupi untuk pertuduhan dikenakan.

Pelajar IPT didakwa bawah dua seksyen berbeza

Pijak Alquran

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencemarkan al Quran dengan niat mengaibkan agama Islam di sebuah rumah di Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan pada 22 Februari 2026.

Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara sedar menghasilkan dan menghantar komunikasi jelik melampau melalui Threads dengan niat menyakitkan hati orang lain pada tarikh dan masa sama.

Mengaku tak bersalah, mahkamah benarkan jaminan RM10,000

Lelaki

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Syarat tambahan turut dikenakan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai. Mahkamah turut menetapkan 8 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pssttt! Ohmedia harap korang lebih berhati-hati bila guna media sosial. Apa sahaja yang dimuat naik boleh bawa kesan besar dan tindakan undang-undang yang serius.

Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top