AS dakwa musnahkan semua kapal Iran di Teluk Oman

AS dakwa musnahkan semua kapal Iran di Teluk Oman
AS dakwa musnahkan semua kapal Iran di Teluk Oman

CENTCOM mendakwa 11 kapal Iran di Teluk Oman telah dimusnahkan. Foto AFP

ISTANBUL – Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin mendakwa kesemua 11 kapal Iran yang beroperasi di Teluk Oman telah dimusnahkan, lapor Anadolu Ajansi.

“Dua hari lalu, rejim Iran mempunyai 11 kapal di Teluk Oman. Hari ini, mereka tiada satu pun,” menurut CENTCOM menerusi platform X.

Markas itu menyatakan bahawa Iran telah “mengganggu dan menyerang perkapalan antarabangsa di Teluk Oman selama beberapa dekad” serta berikrar akan terus mempertahankan kebebasan pelayaran.

“Zaman itu sudah berakhir,” tambahnya.

Iran tidak mengesahkan kehilangan berkenaan.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump pada Ahad berkata, sembilan kapal tentera laut Iran telah ditenggelamkan, termasuk beberapa yang disifatkannya sebagai “agak besar dan penting”, sebelum mengemas kini angka itu kepada 10 pada Isnin.

Trump turut berkata, ibu pejabat tentera laut Iran telah “sebahagian besarnya dimusnahkan”.

Kempen tentera laut itu merupakan sebahagian daripada operasi ketenteraan bersama AS-Israel yang dilancarkan pada Sabtu, yang mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. – Bernama

Ringkasan AI

  • CENTCOM mendakwa 11 kapal Iran di Teluk Oman telah dimusnahkan
  • Rejim Iran dituduh mengganggu perkapalan antarabangsa selama beberapa dekad
  • Iran belum mengesahkan kehilangan kapal tersebut
  • Donald Trump mengumumkan sembilan kapal tentera laut Iran tenggelam sebelum dikemas kini menjadi 10
  • Operasi ketenteraan bersama AS-Israel mengorbankan beberapa pegawai kanan Iran
Scroll to Top