Alif Satar terajui filem web Raya 2026 MR D.I.Y. Malaysia, angkat kisah persahabatan

Alif Satar terajui filem web Raya 2026 MR D.I.Y. Malaysia, angkat kisah persahabatan

KUALA LUMPUR – Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri 2026 dengan tayangan perdana filem web perayaan terbarunya, “Raya Sama-Sama”.

“Raya Sama-Sama” memaparkan sebuah kisah menyentuh hati dan penuh warna yang mengetengahkan keindahan kemaafan serta ikatan budaya yang dikongsi antara Malaysia dan Indonesia.

Filem web itu diterajui pelakon dan penyanyi terkenal, Alif Satar yang membawakan watak Izzat, seorang profesional dari Malaysia yang bekerja di Indonesia.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Alex Goh berkata, Raya adalah waktu untuk membuat pembaharuan dan mengeratkan ikatan.

Menurutnya, menerusi “Raya Sama-Sama”, pihaknya mahu menonjolkan bagaimana perbezaan sebenarnya mampu mendekatkan masyarakat dengan nilai empati dan layanan mesra.

“Filem ini merangkumkan mesej perayaan kami iaitu ‘Perbezaan Diraikan, Kebersamaan Dikongsi,” katanya.

Filem web itu berkisarkan suasana ketika Aidilfitri hampir tiba apabila ribut kuat telah mengganggu perjalanan Izzat pulang, sekali gus memusnahkan harapannya untuk kembali ke tanah air bagi menyambut kelahiran anak sulung bersama isterinya.

Salah satu babak dalam “Raya Sama-Sama” yang menyaksikan gandingan mantap antara Alif Satar dan Teuku Wisnu.

Salah satu babak dalam “Raya Sama-Sama” yang menyaksikan gandingan mantap antara Alif Satar dan Teuku Wisnu.

Tanpa pilihan lain, Izzat dengan berat hati menerima pelawaan untuk menumpang di rumah rakan sekerjanya yang menjengkelkan, Rian (Teuku Wisnu), bersama isterinya Rian (Shireen Sungkar).

Walaupun bermula dengan kekecohan dan salah faham, Izzat akhirnya menemui sisi tersembunyi Rian yang penuh keikhlasan dan kebaikan.

Kisah terbabit memuncak dengan pendamaian yang menyentuh perasaan antara dua rakan sekerja tersebut apabila Izzat menerima khabar gembira kelahiran anaknya.

Naratif berkenaan membuktikan bahawa walaupun tradisi mungkin berbeza merentasi sempadan, semangat Aidilfitri kekal bersifat sejagat dan menyatukan.

Filem web terbabit turut menampilkan nuansa budaya yang halus serta persamaan ketara antara dua negara jiran, sekali gus mengukuhkan komitmen MR D.I.Y. Malaysia untuk terus dekat di hati pelbagai isi rumah.

Raya Sama-Sama kini boleh ditonton di saluran media sosial rasmi MR D.I.Y. Malaysia termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Ia telah mencatat lebih enam juta tontonan dalam tempoh beberapa hari pelancarannya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y Malaysia atau ikuti jenama ini di Facebook, Instagram, TikTok, XiaoHongShu, X dan YouTube.

Ringkasan AI

  • MR D.I.Y. Malaysia melancarkan filem web perayaan “Raya Sama-Sama” sempena Hari Raya Aidilfitri 2026
  • “Raya Sama-Sama” mengisahkan keindahan kemaafan dan ikatan budaya antara Malaysia dan Indonesia
  • Alif Satar berperanan sebagai Izzat, seorang profesional Malaysia yang bekerja di Indonesia
  • Filem tersebut meneroka tema pembaharuan dan pengeratkan ikatan selama musim perayaan
  • “Raya Sama-Sama” menonjolkan kepentingan empati dan layanan mesra dalam merayakan perbezaan dan kebersamaan
Scroll to Top