Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah dijangka memberi kesan kepada ekonomi global termasuk Malaysia.
BACA: Anwar Ibrahim Janji Pertahan Harga RON95 Demi Rakyat
Memetik laporan Bernama, antara kesan awal yang mungkin dirasai rakyat ialah kenaikan harga pengangkutan dan makanan.
Pakar ekonomi menjelaskan peningkatan kos minyak, logistik serta input pertanian berpotensi memberi tekanan kepada harga barangan secara berperingkat dalam ekonomi.
Harga pengangkutan dan makanan dijangka naik

Menurut Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, sektor pengangkutan biasanya akan terkesan terlebih dahulu dalam tempoh konflik global.
Menurut beliau, harga makanan pula akan menyusul apabila kos baja, makanan ternakan serta pengedaran meningkat dalam rantaian bekalan.
Inflasi keseluruhan Malaysia kini pada 1.6 peratus tahun ke tahun, dengan pengangkutan pada -0.7 peratus dan makanan serta minuman pada 1.5 peratus. Kami menjangkakan inflasi meningkat kepada sekitar 2.2 peratus menjelang akhir tahun, sebahagian besarnya mencerminkan tekanan sederhana namun berterusan dalam kumpulan makanan dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan.
Rakyat Malaysia diminta bersedia

Mohd Sedek berkata rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi harga yang sedikit lebih tinggi terutama dalam kategori makanan dan perkhidmatan.
Beliau menasihatkan isi rumah supaya menilai semula corak perbelanjaan dan perlu membina penampan mudah tunai kecil bagi mengurus ketidaktentuan jangka masa pendek.
Pssttt! Walaupun konflik Timur Tengah berlaku jauh dari Malaysia, kesannya tetap boleh dirasai melalui kenaikan kos makanan dan perkhidmatan. Jadi, rakyat disaran lebih berhati-hati dalam mengurus perbelanjaan bagi menghadapi kemungkinan kenaikan harga.
Kredit: Bernama
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



