Ciri-ciri isteri idaman? Amir Ahnaf utamakan wanita lemah lembut, sopan

Ciri-ciri isteri idaman? Amir Ahnaf utamakan wanita lemah lembut, sopan

Pelakon, Amir Ahnaf, bukan sahaja cantik fizikal, pelakon Amir Ahnaf juga mahu wanita yang mempunyai sifat lemah-lembut dan sopan santun untuk dijadikan seorang isteri.

Menurut pelakon drama Mencari Isteri Sempurna itu, dua sifat itu akan menjadikan individu tersebut mempunyai keperibadian yang baik.

‘Baik dan cantik, comel… Amir rasa yang paling penting adalah sifat lemah-lembut, sopan santun. Sebab kalau ada dua sifat ini, dia akan relate dengan sifat kebaikan.

Amir Ahnaf utamakan wanita lemah lembut

Antaranya sifat hormat menghormati dan sifat murni,’ kongsinya menerusi video yang dikongsikan di TikTok Bambamstudioofficial.

Pada perkongsian yang sama, pelakon berusia 26 tahun ini berkata sifat itu juga akan membuatkan individu berkenaan menghormati dirinya, ibu bapa dan kenalannya.

Artikel lain: Amir Ahnaf lagi suka duduk rumah layan Netflix, enggan fikirkan kontroversi

‘Bila ada sopan santun dengan lemah-lembut, dia akan boleh hormat saya, akan hormat ibu bapa saya, hormat kawan-kawan yang saya akan bawa jumpa. Siapa-siapa jelah.
“So basically dua ni la. So tunjang utama untuk dua ni, lemah-lembut dan sopan santun adalah baiklah agamanya,’ ujarnya lagi.

Sumber: TikTok bambamstudiosofficial

Scroll to Top