Food For Gelandangan terus santuni golongan memerlukan di bulan Ramadan

Food For Gelandangan terus santuni golongan memerlukan di bulan Ramadan

Memasuki minggu kedua bulan Ramadan, rutin mingguan menyantuni golongan memerlukan diteruskan dengan penuh komitmen oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Food For Gelandangan.

Food For Gelandangan terus santuni golongan memerlukan

Program ini yang diadakan setiap Jumaat malam berjaya dijayakan melalui kerjasama strategik bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (IPG), memperlihatkan semangat kebersamaan antara pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Food For Gelandangan

Sebagai pertubuhan berdaftar di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Food For Gelandangan terus memperkukuh usaha menyampaikan bantuan kepada pusat khidmat gelandangan di Medan Tuanku, sekali gus menegaskan komitmen berterusan terhadap kebajikan golongan terpinggir di ibu kota.

Ketua media Food For Gelandangan, Shah merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Food For Gelandangan

Dia berharap segala usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dan Klinik Khidmat atas komitmen mereka menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada golongan yang memerlukan sepanjang program berlangsung.

Artikel lain: 2025 ditutup dengan keikhlasan! Food For Gelandangan terus menyantuni setiap Jumaat

Food For Gelandangan

Pihak penganjur berharap kerjasama ini terus diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.

Malam menyantuni itu turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed, bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Food For Gelandangan

Kehadiran kepimpinan universiti itu membuktikan sokongan padu pihak pengurusan tertinggi terhadap inisiatif kebajikan yang dijalankan.

Scroll to Top