Walaupun sudah lama meninggalkan episod hitam dalam hidupnya, vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat mengakui masih ada segelintir pihak yang memandang serong terhadap dirinya berhubung isu dadah yang pernah dikaitkan sebelum ini.
Menurut laporan mStar, Mamat berkata dia tidak lagi mahu mengambil pusing terhadap kecaman dan tanggapan negatif yang dilemparkan.
Saya anggap biasa saja bila ada yang masih pandang serong. Malah sekarang ini saya biarkan saja jika ada yang pandang negatif.
Apa yang berlaku ini bukan permintaan saya tapi semuanya sudah tertulis. Tuhan lebih mengetahui apa yang saya lakukan sekarang ini.
Biarlah apa mereka nak cakap sebab dosa semua mereka yang tanggung.
Mamat Exists pilih fokus cari rezeki dan teruskan kehidupan

Menurut Mamat Exists, apa yang lebih penting sekarang adalah meneruskan kehidupan seperti insan lain dan mencari rezeki yang halal.
Daripada terus memikirkan kata-kata orang, penyanyi ini memilih untuk fokus kepada perjalanan hidupnya yang lebih positif.
Bakal jayakan konsert Ijmal cinta Ramadan 2026

Dalam perkembangan lain, Mamat bakal menjayakan konsert Ijmal Cinta Ramadan yang akan berlangsung di Saloma Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026.
Konsert tersebut turut menampilkan barisan artis legenda tanah air seperti Shima, To’ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Kopratasa, Zack Budak Kacamata dan The Rayhan.
Pssttt! Setiap manusia pernah diuji. Jika seseorang sudah berubah dan bangkit, berilah ruang untuk mereka teruskan kehidupan dengan lebih baik.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




