Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran menyatakan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berperanan untuk mengharmonikan keadaan dalam menangani isu perkauman dan keagamaan, selain tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba gugat perpaduan negara.

KPN berfungsi selaraskan & berp pandangan melalui jawatankuasa Harmoni
Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan KPN berfungsi menyelaras dan memberi pandangan menerusi Jawatankuasa Harmoni yang melibatkan 12 ahli daripada pelbagai kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia.
Jadi, kementerian hanya mempunyai kuasa di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) dan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mendakwa mana-mana pihak yang mencetuskan isu berkenaan.
“Fokus kami adalah menguruskan isu melalui mesyuarat dan perbincangan, memastikan input bersesuaian diambil. Jadi saya kurang setuju dengan cakap (dakwaan) itu sebab saya pun terlibat pelbagai mesyuarat dalam menguruskan perkara-perkara ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
KPN bekerjasama dengan kementerian lain
Menurutnya lagi, selain Jawatankuasa Harmoni, kementerian turut menyelaras tindakan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang membincangkan dasar kerajaan tempatan antara negeri termasuk isu perancangan bandar, pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan pelesenan.
KPN juga bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi Malaysia serta agensi berkaitan bagi memantau akaun media sosial yang berpotensi mencetuskan ketegangan.
“Sebagai tambahan, satu inisiatif kajian Societal Stress Index akan dijalankan dalam masa terdekat bagi menilai isu sosial dan mengambil langkah proaktif,” katanya.

Artikel lain: KPN pandang serius kes penuntut UMPSA disyaki hina Islam
Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak termasuk ahli politik dan agamawan memainkan peranan memberi pencerahan kepada masyarakat serta menghormati undang-undang.
“Kalau mereka buat salah, kita tidak boleh kompromi. Kita jangan lindungi orang-orang yang boleh menggugat keharmonian dan memecahbelahkan perpaduan,” katanya.

Sumber: Bernama




