Pemandu rentung kereta terbakar selepas langgar pokok

Pemandu rentung kereta terbakar selepas langgar pokok

Ipoh: Seorang pemandu rentung apabila kenderaan yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer 284.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.33 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi sejauh empat kilometer.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, terdapat sebuah kenderaan terbabas melanggar sebatang pokok dan musnah terbakar 80 peratus.

“Kemalangan itu membabitkan seorang mangsa yang belum dapat dikenal pasti identitinya, maut terbakar di bahagian pemandu kenderaan tersebut,” katanya.

Sabarodzi berkata, kerja-kerja pemadaman telah selesai sepenuhnya namun menunggu pihak polis bagi pengurusan mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top