Wan Screen meninggal dunia

Wan Screen meninggal dunia

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain gitar kumpulan Screen, Ridzuan Rasol @ Mat Rasol atau Wan, 52, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Taman Sijangkang Permai, Telok Panglima Garang,, Selangor pada 8.40 malam tadi.

Adiknya, Mohd Zaid berkata, kematian abangnya disahkan berpunca daripada masalah jantung.

“Abang memang ada masalah jantung dan sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang untuk masalah jantung. Selain itu abang juga menghidap kencing manis serta darah tinggi dan perlu makan ubat.

“Jenazah abang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar, Klang dijangka sekitar jam 10 pagi ini,” katanya kepada Harian Metro.

Wan yang beraksi sebagai pemain keyboard adalah anggota asal kumpulan berasal dari Klang ini

bersama Allahyarham Gmie.

Kumpulan Screen yang ditubuhkan pada pertengahan era 1990-an

mula mencipta nama menerusi pelbagai lagu antaranya Tak Suka Tak Apa, Kau Saja Di Hati dan Bila Kau Kata Kau Sayang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top