Rakyat sokong Trump lancar serangan terhadap Iran – Rumah Putih  

Rakyat sokong Trump lancar serangan terhadap Iran – Rumah Putih  

WASHINGTON – Rakyat Amerika Syarikat (AS) menyokong keputusan untuk berperang dengan Iran, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Beberapa tinjauan bagaimanapun mendapati yang majoriti rakyat AS menentang perang itu. Satu tinjauan CBS/YouGov pada Rabu menunjukkan 54 peratus tidak menyokong perang jika ia berlanjutan selama beberapa bulan.

Apabila ditanya sama ada Presiden Donald Trump berpendapat rakyat AS menyokong beliau, Leavitt berkata, dalam satu sidang media: “Saya fikir beliau berpendapat demikian.

“Saya juga berpandangan presiden tahu yang rakyat negara ini cukup bijak untuk menilai melangkaui banyak tajuk berita palsu yang dihasilkan oleh orang di dalam bilik ini yang mendakwa tindakan ini tidak wajar.” – Bernama/dpa

 

Scroll to Top