Trending
Dituduh tak kerja dan ditanggung isteri, Aslam akhirnya buka mulut dan jelaskan perjalanan kerjaya serta peranannya dalam bisnes keluarga.
Isu melibatkan pasangan pempengaruh kembali menjadi perbualan hangat di media sosial apabila suami kepada Umisya Mazlan, iaitu Aslam, akhirnya tampil bersuara selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai kehidupannya.
BACA: ”Kenapa Kalian Kecam Umisya?” – Aslam Pertahan Isteri Pertama
Segalanya bermula apabila ada netizen mempersoalkan pekerjaan Aslam dan mendakwa dia tidak bekerja serta hanya bergantung kepada isterinya yang aktif berniaga dan membuat siaran langsung di media sosial.
Aslam jelaskan perjalanan hidup dan kerjaya

Menerusi satu perkongsian di Threads, Aslam menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah lama membina kerjaya dari bawah sejak tamat pengajian.
Terima kasih atas keprihatinan netizen soal rumahtangga dan kehidupan saya. Soal pekerjaan ni urusan profesional dan peribadi saya, tapi sampai dah jadi spekulasi tanpa fakta yang hanya memaparkan tahap pemikiran insan begini, meh saya cerita sikit lah.
Menurut Aslam, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk mencuba perniagaan sendiri dan juga membantu bisnes keluarga sebelum ini.
Awalnya saya bina kerjaya dari bawah, sejak diploma kumpul pengalaman, cuba bisnes, masuk bisnes keluarga, pernah buat side income Grab driver, dan berniaga bersama isteri dari awal perkahwinan sampai sekarang.
Dalam masa sama, Aslam mengakui dengan situasi yang sedang dihadapinya kini, dia memilih untuk tidak terlalu menonjol di hadapan dalam urusan perniagaan.
Sebaliknya, isterinya menjadi wajah utama dalam bisnes manakala dirinya membantu dari belakang tabir.

Aslam turut menutup perkongsian tersebut dengan ucapan santai kepada orang ramai.
Pssttt! Di zaman media sosial, tidak semua perkara yang dilihat atau diceritakan oleh netizen mencerminkan keseluruhan realiti kehidupan seseorang. Kadang-kadang, spekulasi yang timbul boleh memberi tekanan kepada individu yang terlibat. Jadi sebagai masyarakat, mungkin lebih baik kita berhati-hati sebelum membuat kesimpulan tentang kehidupan orang lain.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




