Dr Sam pilih fokus perkukuh PN -“Yang pasti Muhyiddin juga bukan calon PM”

Dr Sam pilih fokus perkukuh PN -“Yang pasti Muhyiddin juga bukan calon PM”

Isu calon PM (Perdana Menteri) Perikatan Nasional (PN) terus menjadi perhatian apabila Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tampil memberikan penegasan terbuka.

Bukan calon PM

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyatakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bukanlah calon Perdana Menteri.

“Yang pasti TSMY (Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga bukan lagi calon PM.”

Jawab spekulasi calon PM

Kenyataan dibuat itu dilihat sebagai jawapan langsung terhadap spekulasi berhubung kedudukan calon Perdana Menteri dalam Perikatan Nasional.

Keutamaan perkukuh PN

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, kenyataan tersebut dibuat selepas menerima pelbagai pertanyaan daripada wartawan mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa beliau hanyalah Pengerusi PN dan bukan calon PM.

“Saya terima banyak pertanyaan (daripada) wartawan mengenai kenyataan Muhyiddin yang ‘Dr Sam adalah Pengerusi PN, bukannya calon PM’.
“Siapa pun calon, keutamaan kita sekarang adalah memperkukuh PN dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin Yassin dilaporkan menyatakan pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN bukan bermaksud beliau dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut menjelaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Tertinggi PN.

“Saya baca banyak perbincangan, debat pro kontra, boleh tak boleh, layak tak layak. Ini adalah lantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, bukan calon Perdana Menteri. Ini Tuan Ibrahim (Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) ada sebutkan, saya ‘quote’ dia.
“Dia kata, ini untuk Pengerusi PN yang menguruskan parti, tetapi jika ingin naik satu langkah lebih tinggi untuk menjadi calon jawatan Perdana Menteri, ia adalah perkara lain dan tidak dibincangkan lagi,” katanya.

calon PM

Artikel lain: Lantikan sebagai Pengerusi PN, tiada jaminan Ahmad Samsuri calon PM – Muhyiddin

Untuk rekod, pelantikan Ahmad Samsuri dibuat selepas PAS bertegas mahukan beliau menerajui gabungan itu, dengan sokongan Majlis Tertinggi PN yang turut memberi ruang kepada kepimpinan lebih muda.

Scroll to Top